Saturday, June 23, 2012

Apa perbezaan brownies dan kek.

BROWNIES adalah sejenis kek yang dipotong empat segi, yang berasal dari Amerika Syarikat dan sangat popular di negara itu.
Dan kini brownies mempunyai peminat di merata- rata dunia.
Kalau anda ingin tahu, Brownies mempunyai permukaan satu lapisan sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya. Teksture kek adalah lebih lembut.
Tetapi Teksture brownies adalah lebih padat, lembap dan apabila dikunyah seperti mengunyah gula- gula lembut.
Ini adalah kerana Brownies lebih kaya dengan kandungan coklat dan gula, berbanding kek. Kemeriahan coklatnya meletakkan Brownies no1 dihari peminatnya. Walaubagaimanapun, brownies yang sedap menggunakan coklat yang bermutu tinggi. Walaupun harganya agak mahal

No comments: